Cuaca dan iklim Jeddah

Tidak seperti lain-lain bandar di Saudi Arabia, Jeddah mengekalkan cuaca panasnya walaupun semasa musim sejuk. Keadaan ini disebabkan oleh pengaruh Laut merah ke atas iklim Jeddah. Semasa musim sejuk, suhu di sekitar 15 C (59F) pada tengah malam dan menjangkau suhu 25C di waktu tengah hari.
Suhu pada musim panas amat terik, kadang kala menjangkau 40C (104F) pada waktu tengahari dan 30C (86F) pada waktu malam. Hujan jarang turun di Jeddah, dan hanya turun dalam bulan Disember.
Jeddah juga telah mengalami banjir yang dashyat pada tahun 2009 hingga 2011.